Sunday, August 23, 2009

Meja Batu

Mak nak cari meja batu untuk santai santai kat luar
dah jumpa tapi mahal lah.. kena cari tempat lain
dari banting sampai jalan kebun cari jumpa satu kedai tapi harga demand tul



nego pun tak leh.. hui cari la tempat lain

I'm gonna miss u Waja


glup.. mmm sayang waja, semoga Tuan baru lebih prihatin dan lebih berhemah

bye bye waja..

Sehari Puasa di KB


tak larat nak tengok semua makanan
amat lah banyak skaliiii...

akok, jala mas, taik itek, puteri mandi, cendol, karipap, pulut panggang, ayam percik, perut ayam percik, tembikai kuning, tembikai merah, kurma nabi, kurma muda pergggg banyak benda beli neh..

oo ada lagi, gulai kawah, piana, air tebu, air soya..
malam pulak carik colek .. pah tu tegolek ngeh ngeh ngeh..

Baju serupa


trend baju muslimah ni cantek tak..

Moment with All Mak Datin

Ni kira makan makan sebelum Ramadhan.
Tempat best nak makan dim sum kat sini laa haa.. tem suke sangaaatttt. Ni geng mak Datin, kira farewell tem lah ni ..again huhuu





sambil makan makan sambil sembang sembang, isu isu semasa dan cara mengatasi nye..


Thursday, August 20, 2009

First assignment

Farham ni umur 22 tahun, bujang lagi, akibat accident langgar lari so sekarag dia lumpuh separuh badan tak boleh nak gerak.. ayah dia dah berhenti kerja sbb nak jaga dia. Kos jaga dia tinggi sbb kena pakai napkin, kapas dll.. sedih tengok, rasa nak membantu mana yang boleh.. berat mata memandang berat lagi lah baru dia yang memikulnya

sbb tu lah kita kena bersyukur lah kita dan berhati hati lah bila drive kengkadang kita ok orang lak langgar

Tem touching aaa..

mm.. wahh..uhuk..
nak nyanyi sket.. kenangan bersama mu kasih
umpama mimpi di dalam mimpi
la la la .. lalallala



Tuesday, August 18, 2009

Yey Yey.. Tem sronok la la laa..

keta dah allocate..
keta dah excise..

la la la llaaaa...

Monday, August 17, 2009

Kenangan Teambuilding 2009





Tem suka yang Prihatin cam nih...

Sayunara Kek ka..







Mik mik ni memang penuh ngan supprise tau.. Tem suke sangaaatt!!.. tapi sedddihhhh sangatttt sayunaraaa...

Nota buat Mik seKalian,

Tidak pernah terduga atau terniat untuk melukakan perasaan dan hati kalian, tetapi kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Sangka tem akan terus kekal di sini sehingga hari tua seperti mana rakan rakan yang lain menghabis kan bertahun tahun di tempat dan jabatan yang sama sehingga tamat tempoh bekerja di sini. Tidak pernah tem duga yang hari ini adalah hari terakhir tem bergelar Analyst bersama mik mik sekalian.

Tiada yang dapat diungkap selain kenangan bersama mik mik sekalian membuatkan hati berasa berat untuk meninggalkan bilik ni.. memang tipu lah kalau tem kata tak sedih .. tak sebak.. tak berat.. seolah olah rasa berat kaki untuk berpisah.. perasaan bercampur baur antara sedih, gembira, confuse, bengang, sakit hati, seronok, takut, geram.. mmm hanya Allah yang tahu..

Terima kasih semua, jasa baik mik mik sekalian berkongsi kenangan suka duka dan yang penting perasaan sayang terhadap mik mik sekalian seolah olah sukar digambarkan dengan kata kata tapi mik mik lah the best team i’ve ever had.. mik mik semua, korang memang sporting, korang memang best, korang memang mantap aah.. sekurang kurangnya tem berpeluang menjadi sebahagian daripada mik mik semua walaupun hanya seketika..

Mik2 semua, tak perlu lah nasihat yang berjelar dari tem, apa yang penting mik2 semua perlu happy dan seronok itu yang penting, kalau gaji besar sekali pun atau pangkat tinggi tapi banyak musuh, tak happy, hati tak tenang, apa gunenya.. rezeki Allah yang paling mustahak ialah kebahagian sbb tak boleh di jual beli .. Doa tem buat mik2 semua, semoga bahagia, gembira dan berjaya dunia dan akhirat.. Semoga persabahatan dan ukhuwah kita akan kekal dan mesra seperti adanya..

Tema ”jangan melawan jaga masa depan”